sekadar sebuah catatan

Mengapa begini?

leave a comment »

Dalam kehidupan moden ini, segala falsafah Islam yang hebat bagaikan mitos yang tidak berpijak di alam nyata.  Secara sedar atau tidak kekuatan dan kemegahan Barat telah berjaya mempengaruhi minda manusia. Mungkin tidak semua tetapi yang pasti jumlah bukan sedikit.

Contoh mudahnya jika terdapat dua produk yang dikeluarkan. Satu produk dikeluarkan di Barat tanpa disenaraikan keistimewaannya, dan satu lagi dikeluarkan di dunia Islam dengan disenaraikan keistimewaannya, perasaan masyarakat umumnya merasai, produk Barat tentu lebih hebat.

Ini kerana Barat secara umumnya telah berjaya membina jenama yang baik untuk blok mereka. Sementara dunia Islam sentiasa dipandang sinis dalam berbagai-bagai perkara.

Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya identiti diri iaitu akidah yang murni yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun kita yang pernah dibina. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal.

Lihat sahaja apa yang wujud di negara ini. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen. Kepercayaan kepada tangkal-mangkal, bomoh, tahyul dan seumpamanya menguasai sebahagian masyarakat kita.

Walaupun mereka mendakwa diri mereka Islam, namun benteng akidah telah pun mereka hancurkan. Bahkan ada istiadat dan pegangan yang menyanggahi syarak menggantikan tempat agama.

Wanita Islam di sesetengah masyarakat umpamanya, begitu ditindas di sudut hak sebagai wanita, bahkan sebagai insan. Isteri pula bagaikan hamba abdi suaminya yang seakan diberi kuasa oleh budaya setempat untuk benar-benar diperhambakan.

Written by irwanmuhammadzain

September 9, 2007 at 10:45 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: