sekadar sebuah catatan

50 tahun ditipu…

with one comment

Mula malam nanti hingga esok satu Malaya akan dihebahkan dengan dongeng merdeka. Dan seperti biasa, dongengnya adalah negara ini merdeka kerana perjuangan tokoh-tokoh dari Umno.

50 tahun rakyat (bukan semua) ditipu. Sejarah sebenar disembunyikan. Semata-mata kerana mahu terus dilihat sebagai hero.

Sebuah parti yang ditaja oleh perompak (British yang merompak hasil getah dan bijih timah Malaya), dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh British, yang boleh ikut cakap British, yang sanggup jadi penjilat British.

Mereka ini dipilih memimpin Umno dan mereka juga merompak. Antara rompakan pertama mereka adalah bendera yang dicadangkan supaya menjadi bendera Malaya. Umno juga turut merompak perkataan MERDEKA yang digunakan oleh PKMM.

Hari ini, parti yang ditaja oleh perompak ini terus merompak. Kali ini mereka merompak pula hak-hak rakyat. Kekayaan negara yang sepatutnya dinikmati rakyat dinafikan kerana kerakusan perompak-perompak dari Umno.

Negara ini, bebas dari British bukan kerana Umno, bukan kerana Datuk Onn, bukan kerana Tunku Abdul Rahman, bukan kerana Abdullah Fahim.

Datuk Onn hanya dipilih oleh British kerana dia adalah golongan bangsawan yang boleh mengikut cakap British. Awal 1940-an, ketika gerakan nasionalis di Asia sudah mula berkembang, British mula ketakutan.

Projek pertama dilancarkan demi menyelamatkan hasil getah dan bijih timah yang mereka rompak. Malayan Union kononnya mahu ditubuhkan. Projek ini kalau tidak ditentang, akan terus berjalan. Kalau ditentang, maka penentang-penentang itu harus penentang terpilih, penentang yang boleh ikut cakap British.

Nama-nama seperti Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Rashid Maidin, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD dan ramai lagi tokoh kiri harus segera dihitamkan agar projek merompak dan menaja penjilat-penjilat British ini tidak gagal.

Makanya, ada yang dilabelkan sebagai komunis. Segala cerita buruk sahaja didedahkan. Dikaitkan bahawa kelompok ini adalah mereka yang menolak agama. Bermacam tuduhan dan propaganda memburukkan kelompok ini dijalankan agar mereka terus kelihatan hitam.

Yang putih hanyalah golongan penjilat-penjilat yang sanggup melihat hasil negara mereka dirompak. Golongan ini terus menerus diangkat sehingga warna sebenar mereka hilang malah dimuliakan.

Yang hitam dijadikan putih dan suci. Yang putih dijadikan hitam dan hina. Dan selama 50 tahun penipuan ini terus menerus dilakukan. Sampai bila ianya mampu disembunyikan? Hanya masa menentukan.

Chow! 

Written by irwanmuhammadzain

August 30, 2007 at 9:25 am

Posted in politik

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. terasa kembali belajar Sejarah di Sekolah Menengah.
    Dapat A sbb baca buku.
    Dapat A sbb belajar.
    Tapi kalau betul-betul menyelusuri dan mendalami kisah sebenar..
    entah-entah D pun tak dapat.
    Silap-silap, ada pegawai investigasi kerajaan datang ke sekolah..
    nak lihat, pelajar mana yang ‘bijak-bijak’ menjawab keluar dari silibus, ‘berani-berani’ menelanjangkan seribu satu macam kisah benar dan jejak kasih.
    Thanks to this entry..
    Diharap ia dapat memberi sedikit kalaupun tak banyak pengertian sisi sebuah kemerdekaan

    -d0ne-

    f-tia

    August 30, 2007 at 11:06 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: