sekadar sebuah catatan

Malaysia boleh…

leave a comment »

Pengguguran 13 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang sepatutnya dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Zakaria Md. Deros membuktikan kerajaan BN dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tidak telus dan semakin lemah dari sehari ke sehari.

Mahkamah Majistret Klang menerusi Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah membenarkan tuduhan keatas Zakaria dan kesemua 39 pertuduhan terhadap tujuh pengarah lain dari syarikat yang sama digugurkan.

Antara pertuduhan yang sepatutnya dihadapi oleh Zakaria dan tujuh pengarah lain ialah mengikut Seksyen 169 akta tersebut iaitu gagal membentangkan akaun, Seksyen 120 (gagal memberitahu perubahan alamat), Seksyen 143 (gagal mengadakan mesyuarat tahunan antara 2002 dan 2005) dan Seksyen 165 (gagal menyerah penyata untung rugi).

Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pegawai pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azmil Haron setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, Azmil tidak memaklumkan kepada mahkamah sebab pertuduhan tersebut digugurkan.

Tuduhan keatas Zakaria yang digugurkan ini menimbulkan banyak persoalan tentang sistem undang-undang dan pentadbiran kerajaan BN hari ini yang sering melaungkan bahawa mereka adalah kerajaan yang adil dan cekap.

Ini bukan kali pertama kes yang melibatkan pemimpin Umno dan BN digugurkan biarpun kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengenakan tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terlibat.

Sebelum ini Peguam Negara mengarahkan agar tuduhan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Johari Baharom, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Pengarah BPR Zulkifli Md Noor ditutup.

Kes rasuah yang melibatkan Pengarah Urusan Perwaja Steel, Eric Chia juga digugurkan sebelum ini dengan alasan yang lemah setelah bertahun-tahun perbicaraan dijalankan.

Disebalik pengguguran kes-kes yang melibatkan individu yang berkepentingan politik, kerajaan BN kelihatannya lebih ghairah untuk mengenakan hukuman ke atas individu yang terlibat dengan parti pembangkang atau mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Siasatan terhadap Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dijalankan berkali-kali berhubung kes gambar super impose yang dihasilkan oleh beliau. Selepas disoal siasat oleh polis dan Suruhanjaya Multimedia, pihak polis yang menurut arahan cuba pula untuk mengeledah pejabat Tian Chua pada 21 ogos lalu.

Siasatan demi siasatan termasuk ke atas pegawai khas Anwar Ibrahim di Yayasan Masa Depan Nathaniel Tan, Pengedali laman web Malaysia-Today.net Raja Petra Kamaruddin dan isterinya Marina Lee serta kecaman terhadap Namewee yang menghasilkan klip video lagu Negarakuku jelas mengambarkan ketidakadilan kerajaan dalam melaksanakan undang-undang.

Contoh paling mudah ialah bila laporan polis yang dibuat oleh Umno terhadap Raja Petra hanya mengambil masa dua hari untuk pihak polis melakukan soal siasat terhadap pengendali laman web tersebut.

Biarpun laporan itu dibuat dengan tiada bukti yang kukuh tetapi siasatan terus dijalankan kerana mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan harus segera dikenakan tindakan.

Berbeza dengan laporan polis yang dibuat oleh pembangkang sama ada dari KeADILan, PAS atau DAP, jika mempunyai bukti yang kukuh sekalipun tiada sebarang siasatan akan dibuat apatah lagi untuk dikenakan hukuman ke atas individu yang dikaitkan dengan kes yang dilapor.

Apakah ini bentuknya perlaksanaan undang-undang yang dijalankan di negara ini selepas 50 tahun merdeka? Dan apakah ini bentuknya pentadbiran kerajaan Islam Hadhari yang diasaskan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang sering tertidur dan kerpa pula bercuti?

Written by irwanmuhammadzain

August 27, 2007 at 2:55 am

Posted in politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: