sekadar sebuah catatan

Dan tarikhnya makin hampir…

leave a comment »

Ramalan mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) pada bulan Ogos sudah terbukti tidak tepat. Tetapi tidak bermakna tidak akan ada pilihanraya. Ramalan dilakukan kerana sistem demokrasi di negara ini menetapkan bahawa hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan.

Kalau Perdana Menteri nak adakan bulan Ogos, maka bulan Ogos lah jadinya. Kalau dia nak adakan bulan September maka bulan September lah jadinya. Pihak lain terutama parti pembangkang tidak akan tahu bila akan diadakan. Yang hanya boleh dilakukan adalah membuat ramalan agar semua jentera parti bersiap sedia.

Satu lagi bulan yang menjadi ramalan adalah bulan November. Khabarnya pertengahan bulan November, selepas menyambut Aidilfitri. Maka semua akan menunggu dengan penuh debar, apakah November ini akan diadakan PRU12.

Mungkin ada benarnya bulan November nanti kerana, menantu kesayangan Perdana Menteri sekarang khabarnya berada di Vietnam atas urusan percetakan segala poster pilihanraya. Khabranya lah… benar atau tidak… hanya Allah jua yang tahu.

Khabarnya juga, Vietnam dipilih untuk mencetak segala poster kerana kos percetakan dinegara itu jauh lebih murah berbanding kos cetak di negara ini. Kos cetak di Vietnam juga jauh lebih murah berbanding kos cetak di Thailand atau Indonesia. Dan khabarnya juga, kos cetak yang dihantar kepada Perdana Menteri adalah mengikut kos cetak disini. Buat untung besarlah jadinya. Masuk dengan sebutharga cetak disini tetapi bayar dengan sebutharga di Vietnam.

Hmmm… jauhnya pergi cetak poster. Apakah di negara ini sudah tidak ada pencetak? Apakah ini caranya kerajaan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membantu syarikat-syarikat cetak tempatan?

Harus di ingat, jumlah syarikat percetakan milik bumiputera (Melayu) bukan sedikit. Tetapi kerajaan yang mendokong DEB ini membantu syarikat percetakan Melayu dengan mencetak poster pilihanraya di luar negara.

Bijak… bijak…

Hotak dia nak tolong Melayu..

Chow!

Written by irwanmuhammadzain

August 27, 2007 at 5:49 am

Posted in politik

Leave a comment