sekadar sebuah catatan

Tak tau nak letak tajuk apa….

with 2 comments

Ini adalah apa yang ditulis oleh sedara aku, Munirah dalam blognya. Aku ambik dgn izin sebab aku suka apa yang dia tulis (lebih-lebih lagi ayat yang aku boldkan tu). Baca je lah.
kemalangan di Bukit Gantang
August 13th, 2007

pagi tadi dapat tahu melalui boss yang mendengar tentangnya di radio. 20 orang meninggal dunia! bas tercampak dalam gaung, hmm.sekitar pukul 3 ptg nampak berita di Yahoo News. Wah ini kemalangan yang mendapat perhatian antarabangsa.bila pulang malam menonton berita Pak (Le)Lah kata, pemandu bas patut diberi latihan seperti juruterbang. pemandu bas ekspres mesti berkualiti seperti juruterbang, katanya dengan muka yang layu. Waktu itu juga terus saya merasa meluat dan jengkel.  Beri kenyataan dan cadangan tanpa mengira realiti. kenapa tak cakap pemandu bas perlu berkemahiran tinggi seperti angkasawan aja.Pemandu bas lebih ramai dari juruterbang, gaji mereka juga jauh lebih rendah. Dulu saya borak2 dengan pemandu van sewa saya dapat tahu ada di kalangan mereka ambil dadah untuk terus cergas memandu lebih banyak perjalanan untuk mendapatkan elaun lebih. Pemandu bas Super Ekspress yang meninggal itu ada dua isteri (ya, saya tengok tv. isteri pertama tenang aje, isteri kedua sedang menyapu air mata. hmm) jadi tentu tanggungannya besar. Kos sara hidup negara bertambah mahal, jadi apakah semua salah hendak diletak kepada pemandu?  bilangan samannya, waran tangkapnya.. adakah dia berwang utk menjelaskan itu semua?(Bodoh betul) kemudian dibangkitkan isu penguatkuasaan undang2 (bodoh,bangang) syarikat bas juga sudah diarah tutup(eeee…geramnya si bodoh yang tak layak err ….)  aaaaahhh bazir air liur lagi. bosanlah. oh ya maaf ayat dalam kurungan adalah sesuatu yang di luar kawalan saya. Takziah kepada keluarga 20  orang rakyat malaysia yang terkorban itu.Betapa ramainya rakyat yang merasa tempias ketidakpandaian kerajaan mentadbir ekonomi. tak pandai, tak kompeten, tak efficient, tak layak.

Cayalah Nirah!

Chow!

Written by irwanmuhammadzain

August 16, 2007 at 9:03 am

Posted in politik

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ko punya komen macam sampah.apsal kerajaan lak dikaitkan dengan isu gagal urus ekonomi. ini pasal bas yang meletakkan pemandu macam tu. tak kisahlah dia mampu bayar saman atau tak tapi dia bukan pemandu yang berdisiplin. baghal.

    rizam

    August 19, 2007 at 2:56 pm

  2. 1)Kalau posting itu dianggap ‘macam sampah’ atau ‘baghal’, kenapa dibaca dan ambik pusing?

    2)Kalau posting itu dianggap ‘macam sampah’ atau ‘baghal’, kenapa tak tulis diblog sendiri dengan hujah atau komen yang tidak ‘macam sampah’ atau tidak ‘baghal’?

    3)Kalau bukan kerajaan nak dikaitkan dengan isu gagal urus ekonomi, nak salahkan siapa? Pemandu bas? Pemandu teksi? Penoreh getah? Penjual ikan? Mat Rempit?… siapa yang ‘baghal’ disini?

    4)Kalau pemandu itu tidak berdisplin, kenapa dia jadi tidak berdisplin? Atau apakah dia jadi tidak berdisplin kerana mahu mengejar trip agar mendapat lebih komisen untuk menampung kos hidup yang semakin melangit?… sekali lagi… siapa yang ‘baghal’ disini?

    5)Ini blog aku… Ikut Suka Aku nak tulis apa. Kalau tak suka jangan baca. Mudah saje. Suka… baca… tak suka jangan baca.

    chow!

    irwanmuhammadzain

    August 20, 2007 at 5:55 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: