sekadar sebuah catatan

Jangan berdalih lagi

leave a comment »

Tiada alasan lagi untuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menangguhkan penggunaan dakwat khas bagi menanda jari pengundi dalam pilihanraya umum akan datang kerana ia tidak melanggar hukum syarak.

Pada 8 Ogos lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi pengerusinya, Prof Dr Abdul Shukor Husin  memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh SPR.

Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan penggunaan dakwat hitam pada ibu jari ketika pilihanraya tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana memerlukan pindaan undang-undang yang memakan masa.

Abdul Rashid terkenal dengan sikap sering berdolak dalih dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.

Pada pilihanaraya umum 2004, SPR pernah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan pondok panas dibuka pada hari pengundian.

Tetapi di saat akhir, SPR menarik balik arahan tersebut yang dipercayai dipengaruhi oleh tekanan daripada Barisan Nasional (BN).

Alasan demi alasan yang diberikan oleh pengerusi SPR itu hanyalah semata-mata mahu memberikan keselesaan kepada kerajaan BN bagi memenangi pilihanraya secara mudah.

Penggunaan dakwat hitam kekal pada ibu jari bukanlah satu-satunya cadangan yang telah dibuat oleh Barisan Alternatif (BA) terhadap SPR.

Wujudkan peti undi lutsinar, penggunaan dakwat hitam pada ibu jari dan hapuskan undi pos telah berkali-kali dibuat terhadap SPR oleh BA namun alasan tipikal yang diberikan oleh pengerusinya adalah mereka terhalang dengan akta-akta tertentu yang bukan dibawah kuasa SPR.

Kenyataan Abdul Rashid itu terlalu lemah kerana alasan SPR terhalang dengan dengan akta-akta tertentu itu tidak sepatutnya datang dari sebuah suruhanjaya yang bebas.

Alasan yang diberikan oleh Rashid itu hanyalah semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan kerajaan BN agar mereka terus kekal memerintah biarpun memenangi pilihanraya secara tidak adil dan tidal telus.

Demi menjaga kepentingan BN, SPR pada 7 Ogos lalu telah menolak cadangan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) agar tempoh berkempen pilihanraya umum akan datang dilanjutkan dari tujuh hari ke 21 hari.

Alasan SPR, jika tempoh berkempen dilanjutkan ianya akan mengakibatkan tekanan dan bimbang keselamatan awam akan terganggu.

Tempoh berkempen yang singkat adalah satu kelebihan bagi BN kerana mereka boleh menggunakan sebebas-bebasnya media siar yang ada berbanding parti lawan yang sering disekat dari memberi maklumat kepada pengundi.

Adalah diharapkan SPR memegang janjinya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dan tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan untuk menarik balik keputusan mereka dalam menjamin perjalanan pilihanraya ini tidak dipertikaikan dan dijalankan dengan bersih.

Sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPR tidak seharusnya mengikut telunjuk kerajaan BN kerana melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus adalah lebih penting demi menjaga integriti SPR dan pengerusinya.

Written by irwanmuhammadzain

August 12, 2007 at 9:20 am

Posted in politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: