sekadar sebuah catatan

Kerajaan makin tertekan

leave a comment »

Bermula dengan tindakan saman NST terhadap Ahiruddin Atan atau Rocky Bru, kemudian penahanan Setiausaha Kerja Yayasan Masa Depan, Nathaniel Tan dan terbaru editor malalysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi membuktikan bahawa kerajaan BN semakin berada dalam ketakutan.

Tindakan demi tindakan yang diambil ini petanda jelas bahawa tiada kebebasan media di Malaysia. Tindakan dayus kerajaan ini juga menandakan bahawa amalan demokarasi semakin terhapus di Malaysia.

Selain bimbang pengaruh blog akan mempengaruhi keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang akan datang, BN juga bimbang segala tindak tanduk mereka yang rakus dan kejam merompak hak rakyat selama ini akan terbongkar. Mereka juga bimbang jika ada dokumen-dokumen rasuah yang melibatkan menteri-menteri keparat akan diketahui oleh rakyat selain kebimbangan seorang menteri BN jika tersebarnya gambar beliau menikmati makan malam di Paris bersama seorang gadis asal Mongolia.

Sebelum ini, BN beria-ia mengalakan rakyat negara ini agar menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) tetapi kini mereka pula yang takut bila rakyat sudah tahu menggunakan internet dan mendapatkan maklumat menerusi website atau blog.

Apakah lagi yang akan dilakukan oleh BN bagi memastikan hak rakyat terus dinafikan? Tunggu dan lihat.

Boikot Pilihanraya!

Written by irwanmuhammadzain

July 25, 2007 at 8:24 am

Posted in politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: