sekadar sebuah catatan

Detik-detik tangkapan dan penahanan Nathaniel

with 3 comments

 

Pukul 4.30 petang, Jumaat, 13 Julai lalu, tiga orang anggota polis berpakaian biasa datang ke pejabat Yayasan Aman di Phileo Damansara (1) Petaling Jaya.

 

Salah seorang anggota polis itu meminta Nathaniel Tan mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.

 

Menurut saksi, anggota polis berkenaan tidak menunjukan sebarang kad kuasa dan  tidak memberi sebarang alasan ketika meminta Nathaniel mengikut mereka.

 

“Tolong bekerjasama dan ikut kami sekejap, kami nak cakap sedikit.”  Kata salah seorang anggota polis itu yang sempat didengari oleh saksi.

 

Anggota polis berkenaan juga meminta Nathaniel membawa bersama komputer ribanya. Dipercayai Nathaniel disoalsiasat berhubung beberapa tulisan di internet. Beliau juga merupakan seorang bloger terkemuka.

 

Ketika berada ditempat letak kereta tingkat bawah pejabatnya, Nathaniel telah menghubungi peguam Latheefa Koya. Nathaniel diminta supaya berada ditempat letak kereta itu sementara menunggu peguam.

 

Bendahari Agung KeADILan, William Leong (juga seorang peguam) yang mempunyai pejabat di Phileo Damansara (1) telah bergegas ke tempat parking kereta itu tetapi mendapati Nathaniel telah tiada di situ.

 

Polis juga telah pergi ke rumah Nathaniel pada petang yang sama dan merampas komputernya.

 

Pada pukul 10 malam hari yang sama, pihak polis mengesahkan bahawa Nathaniel telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

 

Anggota keluarganya dan 20 orang rakan-rakannya telah berkumpul di luar ibupejabat polis itu, termasuk yang membawa sepanduk mendesak supaya Nathaniel dibebaskan.

 

Menurut polis, Nathaniel akan ditahan selama 24 jam oleh Unit Jenayah Siber di Jalan Dato Onn untuk membantu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

 

Nathaniel kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret untuk ditahan reman pada kira-kira jam 4.30 petang keesokan harinya.

 

Pukul 1.30 tengahari, Sabtu, 14 Julai lalu, tiga jam lebih awal dari masa yang diberikan malam sebelumnya, Nathaniel telah dikenakan tahanan reman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972.

Written by irwanmuhammadzain

July 16, 2007 at 2:43 am

Posted in politik

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. KERAjaan pimpinan UMNOoooo memang bacuuuuuuul, xda keMALUAN, Xda maruuuuuah, apapun xda, yang ada 2 biji tu la.Ingatlah wahai umat manusia khususnya yg mengaku Islam, jgnlah anda menyokong @ merestui perkara yg anda tahu x betul. Azab Allah datang x kira masa & tempat, marilah kita sama2 kembali ke jalanNya, mencari yang halal itu WAJIB bagi umat Islam.

    Umat Muhammad S.A.W.

    July 17, 2007 at 2:01 am

  2. […] anda ingin membaca posting Irwan tentang kronologi penangkapan Nathaniel Tan, sila klik disini. Musa Hassan menyarankan agar penulis blog dipantau. Dengar cerita ramai lagi yang akan kena […]

  3. laptop di rampas?…macam cerita sivaji…so password tu penting

    Seti

    July 18, 2007 at 12:44 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: