sekadar sebuah catatan

Aduhai Najib aduhai

with 3 comments

29 Jun lalu,  Burmaa Oyunchimeg @ Amy membuat pengakuan dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengenai gambar seorang pegawai Malaysia bernama Najib Razak, yang ditunjukkan Altantuya Shaariibuu sekembalinya beliau dari Paris pada tahun 2005.

Pengakuan Amy itu ibarat letupan bom C4 buat Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Sejak berita pembunuhan Altantuya dihebahkan media massa dalam dan luar negara, ramai yang tertanya-tanya, adakah Najib mengenali Altantuya?

Namun secara konsisten, Najib hanya menafikan beliau mengenali Altantuya dan enggan bercakap banyak kerana takut subjudis mahkamah. Kononnya.

Pengakuan Amy itu juga memberikan gambaran seolah-olahnya wujud keakraban antara Najib dan Altantuya.

Elemen keakraban ini, seperti yang pernah didakwa Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia  Syed Abdul Rahman Alhabshi dalam sidang medianya tahun lalu, bahawa terdapat gambar-gambar Altantuya dengan ‘orang tertentu’ di luar negara termasuk Perancis dan sebagainya.

Secara teorinya tidak mustahil Najib ‘amat mengenali’ Altantuya walaupun secara konsisten Najib menafikan bahawa beliau pernah mengenali atau berjumpa dengan Altantuya.

Namun, anggap sahajalah semua dakwaan ini sebagai khabar angin selagi tidak disokong fakta-fakta seperti rekod lawatan Najib dan rombongan ke Paris, tarikh tiket penerbangan Altantuya, pengesahan dari media atau pihak kuasa di Perancis tentang lawatan Najib, maklumat daripada gambar-gambar dan sebagainya.

Selama ini Najib terlalu banyak bergantung kepada nama Tun Razak. Hanya kerana dia anak bekas Perdana Menteri kedua itu, laluannya dalam Umno cukup mudah. Tapi kerana kes ini, Najib seolah-olah mencemarkan ‘kesucian’ nama Tun Razak. Maruah Najib dan keluarga tercemar.

Hanya ada satu cara untuk Najib membersihkan maruah beliau dan keluarga. LETAK JAWATAN. 

Written by irwanmuhammadzain

July 13, 2007 at 5:37 am

Posted in politik

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Bunuh diri macam orang jepun lagi best hapa..

    emphbone

    July 13, 2007 at 3:19 pm

  2. aku rase najib x kan mengaku nye…dia kan org besar dlm kerajaan..lagi pun aku nengok mcm ramai org yg terlibat myb x bersalah..dikambing hitamkan..

    focus

    July 14, 2007 at 12:37 am

  3. Mmg pon cik focus oi.. Anjing tol la diorang tuh! Ingat rakyat bodoh ka hapa? Yang dok sokong lagi tuh sapa suruh? Buduh!! Ekeke..

    Pembebel

    July 16, 2007 at 2:00 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: