Archive for August 2007
50 tahun ditipu…
Mula malam nanti hingga esok satu Malaya akan dihebahkan dengan dongeng merdeka. Dan seperti biasa, dongengnya adalah negara ini merdeka kerana perjuangan tokoh-tokoh dari Umno.
50 tahun rakyat (bukan semua) ditipu. Sejarah sebenar disembunyikan. Semata-mata kerana mahu terus dilihat sebagai hero.
Sebuah parti yang ditaja oleh perompak (British yang merompak hasil getah dan bijih timah Malaya), dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh British, yang boleh ikut cakap British, yang sanggup jadi penjilat British.
Mereka ini dipilih memimpin Umno dan mereka juga merompak. Antara rompakan pertama mereka adalah bendera yang dicadangkan supaya menjadi bendera Malaya. Umno juga turut merompak perkataan MERDEKA yang digunakan oleh PKMM.
Hari ini, parti yang ditaja oleh perompak ini terus merompak. Kali ini mereka merompak pula hak-hak rakyat. Kekayaan negara yang sepatutnya dinikmati rakyat dinafikan kerana kerakusan perompak-perompak dari Umno.
Negara ini, bebas dari British bukan kerana Umno, bukan kerana Datuk Onn, bukan kerana Tunku Abdul Rahman, bukan kerana Abdullah Fahim.
Datuk Onn hanya dipilih oleh British kerana dia adalah golongan bangsawan yang boleh mengikut cakap British. Awal 1940-an, ketika gerakan nasionalis di Asia sudah mula berkembang, British mula ketakutan.
Projek pertama dilancarkan demi menyelamatkan hasil getah dan bijih timah yang mereka rompak. Malayan Union kononnya mahu ditubuhkan. Projek ini kalau tidak ditentang, akan terus berjalan. Kalau ditentang, maka penentang-penentang itu harus penentang terpilih, penentang yang boleh ikut cakap British.
Nama-nama seperti Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Rashid Maidin, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD dan ramai lagi tokoh kiri harus segera dihitamkan agar projek merompak dan menaja penjilat-penjilat British ini tidak gagal.
Makanya, ada yang dilabelkan sebagai komunis. Segala cerita buruk sahaja didedahkan. Dikaitkan bahawa kelompok ini adalah mereka yang menolak agama. Bermacam tuduhan dan propaganda memburukkan kelompok ini dijalankan agar mereka terus kelihatan hitam.
Yang putih hanyalah golongan penjilat-penjilat yang sanggup melihat hasil negara mereka dirompak. Golongan ini terus menerus diangkat sehingga warna sebenar mereka hilang malah dimuliakan.
Yang hitam dijadikan putih dan suci. Yang putih dijadikan hitam dan hina. Dan selama 50 tahun penipuan ini terus menerus dilakukan. Sampai bila ianya mampu disembunyikan? Hanya masa menentukan.
Chow!
Milik siapakah jet ini?…

Milik siapakah jet mewah jenis A319 CJ yang berharga RM200 juta ini?
Kalau lah RM200 juta itu di beri kepada rakyat miskin alangkah baiknya. Mana yang lebih baik, guna duit pembayar cukai sebanyak RM200 juta untuk membeli jet mewah untuk kegunaan individu tertentu atau wang itu digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat?
Hmmm…
Milik siapakah jet ini?
Sungguh mewah dan mahal harganya…
hmmm…
Aku tak cari wang berjuta
Aku tak cari harta bertimbun…
Tapi… mana kau dapat duit sebanyak itu membeli jet mewah tersebut memanda Perdana Menteri yang kerap tertidur dan sering juga bercuti?
Chow!
Dan tarikhnya makin hampir…
Ramalan mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) pada bulan Ogos sudah terbukti tidak tepat. Tetapi tidak bermakna tidak akan ada pilihanraya. Ramalan dilakukan kerana sistem demokrasi di negara ini menetapkan bahawa hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan.
Kalau Perdana Menteri nak adakan bulan Ogos, maka bulan Ogos lah jadinya. Kalau dia nak adakan bulan September maka bulan September lah jadinya. Pihak lain terutama parti pembangkang tidak akan tahu bila akan diadakan. Yang hanya boleh dilakukan adalah membuat ramalan agar semua jentera parti bersiap sedia.
Satu lagi bulan yang menjadi ramalan adalah bulan November. Khabarnya pertengahan bulan November, selepas menyambut Aidilfitri. Maka semua akan menunggu dengan penuh debar, apakah November ini akan diadakan PRU12.
Mungkin ada benarnya bulan November nanti kerana, menantu kesayangan Perdana Menteri sekarang khabarnya berada di Vietnam atas urusan percetakan segala poster pilihanraya. Khabranya lah… benar atau tidak… hanya Allah jua yang tahu.
Khabarnya juga, Vietnam dipilih untuk mencetak segala poster kerana kos percetakan dinegara itu jauh lebih murah berbanding kos cetak di negara ini. Kos cetak di Vietnam juga jauh lebih murah berbanding kos cetak di Thailand atau Indonesia. Dan khabarnya juga, kos cetak yang dihantar kepada Perdana Menteri adalah mengikut kos cetak disini. Buat untung besarlah jadinya. Masuk dengan sebutharga cetak disini tetapi bayar dengan sebutharga di Vietnam.
Hmmm… jauhnya pergi cetak poster. Apakah di negara ini sudah tidak ada pencetak? Apakah ini caranya kerajaan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membantu syarikat-syarikat cetak tempatan?
Harus di ingat, jumlah syarikat percetakan milik bumiputera (Melayu) bukan sedikit. Tetapi kerajaan yang mendokong DEB ini membantu syarikat percetakan Melayu dengan mencetak poster pilihanraya di luar negara.
Bijak… bijak…
Hotak dia nak tolong Melayu..
Chow!
Malaysia boleh…
Pengguguran 13 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang sepatutnya dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Zakaria Md. Deros membuktikan kerajaan BN dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tidak telus dan semakin lemah dari sehari ke sehari.
Mahkamah Majistret Klang menerusi Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah membenarkan tuduhan keatas Zakaria dan kesemua 39 pertuduhan terhadap tujuh pengarah lain dari syarikat yang sama digugurkan.
Antara pertuduhan yang sepatutnya dihadapi oleh Zakaria dan tujuh pengarah lain ialah mengikut Seksyen 169 akta tersebut iaitu gagal membentangkan akaun, Seksyen 120 (gagal memberitahu perubahan alamat), Seksyen 143 (gagal mengadakan mesyuarat tahunan antara 2002 dan 2005) dan Seksyen 165 (gagal menyerah penyata untung rugi).
Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pegawai pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azmil Haron setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun, Azmil tidak memaklumkan kepada mahkamah sebab pertuduhan tersebut digugurkan.
Tuduhan keatas Zakaria yang digugurkan ini menimbulkan banyak persoalan tentang sistem undang-undang dan pentadbiran kerajaan BN hari ini yang sering melaungkan bahawa mereka adalah kerajaan yang adil dan cekap.
Ini bukan kali pertama kes yang melibatkan pemimpin Umno dan BN digugurkan biarpun kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengenakan tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terlibat.
Sebelum ini Peguam Negara mengarahkan agar tuduhan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Johari Baharom, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Pengarah BPR Zulkifli Md Noor ditutup.
Kes rasuah yang melibatkan Pengarah Urusan Perwaja Steel, Eric Chia juga digugurkan sebelum ini dengan alasan yang lemah setelah bertahun-tahun perbicaraan dijalankan.
Disebalik pengguguran kes-kes yang melibatkan individu yang berkepentingan politik, kerajaan BN kelihatannya lebih ghairah untuk mengenakan hukuman ke atas individu yang terlibat dengan parti pembangkang atau mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Siasatan terhadap Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dijalankan berkali-kali berhubung kes gambar super impose yang dihasilkan oleh beliau. Selepas disoal siasat oleh polis dan Suruhanjaya Multimedia, pihak polis yang menurut arahan cuba pula untuk mengeledah pejabat Tian Chua pada 21 ogos lalu.
Siasatan demi siasatan termasuk ke atas pegawai khas Anwar Ibrahim di Yayasan Masa Depan Nathaniel Tan, Pengedali laman web Malaysia-Today.net Raja Petra Kamaruddin dan isterinya Marina Lee serta kecaman terhadap Namewee yang menghasilkan klip video lagu Negarakuku jelas mengambarkan ketidakadilan kerajaan dalam melaksanakan undang-undang.
Contoh paling mudah ialah bila laporan polis yang dibuat oleh Umno terhadap Raja Petra hanya mengambil masa dua hari untuk pihak polis melakukan soal siasat terhadap pengendali laman web tersebut.
Biarpun laporan itu dibuat dengan tiada bukti yang kukuh tetapi siasatan terus dijalankan kerana mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan harus segera dikenakan tindakan.
Berbeza dengan laporan polis yang dibuat oleh pembangkang sama ada dari KeADILan, PAS atau DAP, jika mempunyai bukti yang kukuh sekalipun tiada sebarang siasatan akan dibuat apatah lagi untuk dikenakan hukuman ke atas individu yang dikaitkan dengan kes yang dilapor.
Apakah ini bentuknya perlaksanaan undang-undang yang dijalankan di negara ini selepas 50 tahun merdeka? Dan apakah ini bentuknya pentadbiran kerajaan Islam Hadhari yang diasaskan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang sering tertidur dan kerpa pula bercuti?
Geledahlah kalau dah nak sangat…
Wahai encik-encik polis yang beruniform atau berpakaian biasa… datang lah… datang lah… jangan malu-malu. Geledah lah kalau nak galedah… jangan malu-malu.
Tapi… Ingat… encik-encik polis yang beruniform atau berpakaian biasa… lepas geledah jangan lupa kemas balik… kalau tak aku terajang.
Chow!
Ya encik polis nak apa?…
Dalam bising-bising auntie cleaner vakum karpet, tiba-tiba Wanti, admin assistant ofis aku datang ke meja aku dalam keadaan kelam kabut.
“Encik Irwan, polis nak datang geledah ofis, kita kena keluar,” kata dia kelam kabut.
“Hah?” aku tanya dia sebab tak dengar. Wanti cakap laju sangat dan bising bunyi vakum cleaner tu buatkan aku lagi tak dengar.
“Polis datang,” kata dia sambil cepat-cepat pegi ke mejanya untuk kemas barang.
Aku terus bangun nak menuju ke ruang depan ofis sambil lihat ke arah pintu masuk dan tempat tetamu menunggu.
“Takde pun?” aku cakap pada Wanti.
“Diaorang kat HQ tapi nak datang sini… diaorang ada waren geledah,” jelas Wanti.
“Biarlah diaorang geledah… boleh jugak diaorang kemaskan pintu yang baru buka tu,” aku cakap pada Wanti.
“Ish… cepat la… nanti diaorang datang,” gesa Wanti. Dalam masa yang sama aku lihat Azwa, Syukree dan Bayu melintasi aku dan terus keluar.
“Eh! semua keluar ke?” aku tanya.
Tak banyak cakap aku ambik beg dan terus keluar. Sampai bawah, aku ajak diaorang semua minum di satu gerai yang kami namakan gerai Perlis. Kemudiannya aku sms boss aku.
Tak berapa lama kemudian, boss aku call dan bagitau semua sudah selesai dan boleh naik ofis.
“Sekejap je? Apsal tak lama-lama?” aku bertanya.
Semua tak jawab dan terus naik ke ofis. Bila di ofis baru aku tahu kenapa encik-encik polis seramai lima orang. Seorang beruniform dan empat lagi berpakaian biasa (mungkin empat orang ini mahu memperagakan baju-baju yang mereka miliki, tapi aku pasti mereka tak memiliki t-shirt CAP AYAM).
Encik-encik polis seramai lima orang itu datangnya dari balai polis Sentul. Kenapa jauh sangat datangnya, kan dah rugi duit minyak. Suruh je la encik-encik polis dari balai polis Brickfields datang, diaorang boleh naik motor sambil buat aksi ala mat rempit atau jalan kaki saja.
Khabarnya, diaorang pergi ke HQ KeADILan kerana mahu mengeledah ofis Tian Chua berhubung gambar super impose yang teramat teruk hasil kerjanya itu yang menunjukkan seorang pegawai kerajaan yang mempunyai nama hampir sama dengan Razak Baginda seperti kata Amy saksi kes pembunuhan Altantuya.
Amy pernah berkata di dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam, bahawa Altantuya pernah menunjukkan sekeping gambar beliau sedang makan malam di sebuah restoran di Paris bersama Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia yang mempunyai nama hampir sama dengan Razak Baginda.
Amy tak pula bagitau yang nama itu sama pada Razak atau Baginda. Jadi tak tau lah siapa yang dimaksudkan. Tapi ramai orang cakap itu Najib Razak. Ini berdasarkan apa yang orang cakap termasuk orang-orang kampung. Siapa ntah mamat bernama Najib Razak ini, ada sesiapa kenal?
Berbalik kepada gambar super impose yang teramat teruk hasil kerjanya itu. Setelah gambar super impose yang teramat teruk hasil kerjanya itu tersiar di blognya Tian. Maka adalah bangang-bangang dari Umno yang terlebih pandai membuat laporan polis.
Dan khamis lepas, datang lah polis menyiasat berhubung gambar super impose yang teramat teruk hasilnya kerjanya itu. Polis datang ke HQ KeADILan untuk menyoal Tian.
Kemudian, Isnin lepas, Tian telah ke Suruhanjaya Multimedia, juga untuk memberi keterangan berhubung gambar super impose yang teramat teruk hasilnya kerjanya itu.
Hari ini polis nak geledah pulak. Gambar itu adalah gambar super impose yang teramat teruk hasil kerjanya itu, kenapa nak geledah. Mintak saje lah. Ke takut gambar betul ada? Kalau ada apa salahnya kita tengok ramai-ramai dan boleh kita tau siapa pegawai kerajaan Malaysia yang dimaksudkan oleh Amy itu.
Dan yang takut sangat gambar tu kenapa? Kata “Tak kenal Altantuya”. Kalau tak kenal, rilek-rilek sudah sambil dengar lagu Ziana Zain. Ok?
Chow!
Tak tau nak letak tajuk apa….
Ini adalah apa yang ditulis oleh sedara aku, Munirah dalam blognya. Aku ambik dgn izin sebab aku suka apa yang dia tulis (lebih-lebih lagi ayat yang aku boldkan tu). Baca je lah.
kemalangan di Bukit Gantang
August 13th, 2007
pagi tadi dapat tahu melalui boss yang mendengar tentangnya di radio. 20 orang meninggal dunia! bas tercampak dalam gaung, hmm.sekitar pukul 3 ptg nampak berita di Yahoo News. Wah ini kemalangan yang mendapat perhatian antarabangsa.bila pulang malam menonton berita Pak (Le)Lah kata, pemandu bas patut diberi latihan seperti juruterbang. pemandu bas ekspres mesti berkualiti seperti juruterbang, katanya dengan muka yang layu. Waktu itu juga terus saya merasa meluat dan jengkel. Beri kenyataan dan cadangan tanpa mengira realiti. kenapa tak cakap pemandu bas perlu berkemahiran tinggi seperti angkasawan aja.Pemandu bas lebih ramai dari juruterbang, gaji mereka juga jauh lebih rendah. Dulu saya borak2 dengan pemandu van sewa saya dapat tahu ada di kalangan mereka ambil dadah untuk terus cergas memandu lebih banyak perjalanan untuk mendapatkan elaun lebih. Pemandu bas Super Ekspress yang meninggal itu ada dua isteri (ya, saya tengok tv. isteri pertama tenang aje, isteri kedua sedang menyapu air mata. hmm) jadi tentu tanggungannya besar. Kos sara hidup negara bertambah mahal, jadi apakah semua salah hendak diletak kepada pemandu? bilangan samannya, waran tangkapnya.. adakah dia berwang utk menjelaskan itu semua?(Bodoh betul) kemudian dibangkitkan isu penguatkuasaan undang2 (bodoh,bangang) syarikat bas juga sudah diarah tutup(eeee…geramnya si bodoh yang tak layak err ….) aaaaahhh bazir air liur lagi. bosanlah. oh ya maaf ayat dalam kurungan adalah sesuatu yang di luar kawalan saya. Takziah kepada keluarga 20 orang rakyat malaysia yang terkorban itu.Betapa ramainya rakyat yang merasa tempias ketidakpandaian kerajaan mentadbir ekonomi. tak pandai, tak kompeten, tak efficient, tak layak.
Cayalah Nirah!
Chow!
Jangan berdalih lagi
Tiada alasan lagi untuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menangguhkan penggunaan dakwat khas bagi menanda jari pengundi dalam pilihanraya umum akan datang kerana ia tidak melanggar hukum syarak.
Pada 8 Ogos lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi pengerusinya, Prof Dr Abdul Shukor Husin memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh SPR.
Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan penggunaan dakwat hitam pada ibu jari ketika pilihanraya tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana memerlukan pindaan undang-undang yang memakan masa.
Abdul Rashid terkenal dengan sikap sering berdolak dalih dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.
Pada pilihanaraya umum 2004, SPR pernah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan pondok panas dibuka pada hari pengundian.
Tetapi di saat akhir, SPR menarik balik arahan tersebut yang dipercayai dipengaruhi oleh tekanan daripada Barisan Nasional (BN).
Alasan demi alasan yang diberikan oleh pengerusi SPR itu hanyalah semata-mata mahu memberikan keselesaan kepada kerajaan BN bagi memenangi pilihanraya secara mudah.
Penggunaan dakwat hitam kekal pada ibu jari bukanlah satu-satunya cadangan yang telah dibuat oleh Barisan Alternatif (BA) terhadap SPR.
Wujudkan peti undi lutsinar, penggunaan dakwat hitam pada ibu jari dan hapuskan undi pos telah berkali-kali dibuat terhadap SPR oleh BA namun alasan tipikal yang diberikan oleh pengerusinya adalah mereka terhalang dengan akta-akta tertentu yang bukan dibawah kuasa SPR.
Kenyataan Abdul Rashid itu terlalu lemah kerana alasan SPR terhalang dengan dengan akta-akta tertentu itu tidak sepatutnya datang dari sebuah suruhanjaya yang bebas.
Alasan yang diberikan oleh Rashid itu hanyalah semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan kerajaan BN agar mereka terus kekal memerintah biarpun memenangi pilihanraya secara tidak adil dan tidal telus.
Demi menjaga kepentingan BN, SPR pada 7 Ogos lalu telah menolak cadangan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) agar tempoh berkempen pilihanraya umum akan datang dilanjutkan dari tujuh hari ke 21 hari.
Alasan SPR, jika tempoh berkempen dilanjutkan ianya akan mengakibatkan tekanan dan bimbang keselamatan awam akan terganggu.
Tempoh berkempen yang singkat adalah satu kelebihan bagi BN kerana mereka boleh menggunakan sebebas-bebasnya media siar yang ada berbanding parti lawan yang sering disekat dari memberi maklumat kepada pengundi.
Adalah diharapkan SPR memegang janjinya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dan tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan untuk menarik balik keputusan mereka dalam menjamin perjalanan pilihanraya ini tidak dipertikaikan dan dijalankan dengan bersih.
Sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPR tidak seharusnya mengikut telunjuk kerajaan BN kerana melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus adalah lebih penting demi menjaga integriti SPR dan pengerusinya.
Apa lagi!!!…
Fikiran aku terganggu bila membaca berita tentang lima sekeluarga maut akibat kebakaran. Yang menyedihkan aku adalah kerana Allahyarham Kasmuri Jasman, 44, yang maut bersama-sama isteri dan tiga anaknya itu terpaksa menangguhkan pembayaran bil elektrik kerana mahu menggunakan wang bagi membiayai pengajian tiga lagi anaknya yang menuntut di institusi pengajian awam tempatan.
Mereka sekeluarga terpaksa menggunakan lilin setelah Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik kerana mangsa tidak menjelaskan bayaran.
Inilah akibatnya bila kerajaan kapitalis BN yang tidak mementingkan rakyat, menswastakan TNB -dulunya dikenali dengan nama Lembaga Letrik Negara (LLN). Hasilnya, kerana mahu mengaut untung, rakyat miskin tertindas kerana takrif letrik yang dinaik kan.
Apa lagi yang kau mahukan hey manusia pendominasi
Apa lagi yang kau mahukan hey mata dalam tiga segi
Dari Tanah Jawi ke Maghribi semangatnya telah kau ragut…
Chow!
Tak dapat suami, cuba pula isteri
Pukul 11 pagi tadi, isteri Raja Petra Kamaruddin, Marina Lee, 51 dipanggil untuk disoal siasat di IPD Dang Wangi. Pada 27 Julai lalu, Raja Petra telah disoal siasat selama 8 jam.
Hari ini, jam 12.30 tengah hari, isteri Raja Petra tamat disoal siasat. Setiap soalan yang ditanya, Marina akan menjawab begini;
Sebagai seorang isteri beragama Islam, dia mesti patuh dan tidak boleh mengengkari kehendak suaminya. Suaminya telah mengarahkannya supaya tidak menjawab sebarang soalan yang ditanya oleh polis. Sebagai seorang isteri beragama Islam, dia tertakluk di bawah undang-undang Syariah dan bukan sivil. Dia tidak boleh engkar kehendak suaminya.
Kalau kita marahkan polis, mereka akan kata mereka hanya menurut perintah. Baiklah, terima saja alasan itu kerana bekerja dibawah pemerintahan kerajaan kapitalis BN memang kena ikut perintah, kalau tidak macam-macam akan kena.
Umno dibawah ketua mereka sekarang yang bermazhab Hadhari ini memang tak mahu rakyat Malaysia menjadi manusia yang mengetahui banyak perkara dan mempunyai ilmu, sebab itu mereka seboleh mungkin mahu menyekat sebarang maklumat dari diketahui oleh rakyat.
Apa yang mereka mahukan hanyalah rakyat menerima apa saja yang mereka berikan. Apa maklumat yang mereka sampai itu sajalah yang betul. Orang lain semua salah.
50 tahun merdeka, Umno semakin menjadi sebuah parti yang pengecut, dayus dan penakut. Namun kerana kuasa yang ada pada mereka, maka mereka cuba menjadi samseng, mengugut penulis blog supaya, rakyat yang lain tidak berani untuk berkata benar.
Umno juga semakin ramai dibarisi oleh pemimpin yang rendah moral dan muflis ilmu. Ada yang meyamakan penulis blog dengan monyet kerana tak mampu melawan secara bijak dengan penulis blog yang mendedahkan kelemahan pemimpin Umno.
Setiap pendedahan dari penulis blog atau parti pembangkang akan dianggap sebagai fitnah. Tetapi, jika mereka menggunakan media siar arus perdana membuat fitnah terhadap pembangkang, itu tidak dianggap salah.
Menerusi media siar arus perdana, mereka berkata bahawa; jika pembangkang memerintah Malaysia, maka akan terjadi huru hara. Apakah ini bukan satu fitnah dan bukan satu ugutan?
Malang sungguh kerana negara ini mempunyai sebuah kerajaan yang pengecut, dayus, rendah moral dan muflis idea.
Chow!