Archive for July 2007
Hentikan perang sekarang
Kerajaan makin tertekan
Bermula dengan tindakan saman NST terhadap Ahiruddin Atan atau Rocky Bru, kemudian penahanan Setiausaha Kerja Yayasan Masa Depan, Nathaniel Tan dan terbaru editor malalysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi membuktikan bahawa kerajaan BN semakin berada dalam ketakutan.
Tindakan demi tindakan yang diambil ini petanda jelas bahawa tiada kebebasan media di Malaysia. Tindakan dayus kerajaan ini juga menandakan bahawa amalan demokarasi semakin terhapus di Malaysia.
Selain bimbang pengaruh blog akan mempengaruhi keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang akan datang, BN juga bimbang segala tindak tanduk mereka yang rakus dan kejam merompak hak rakyat selama ini akan terbongkar. Mereka juga bimbang jika ada dokumen-dokumen rasuah yang melibatkan menteri-menteri keparat akan diketahui oleh rakyat selain kebimbangan seorang menteri BN jika tersebarnya gambar beliau menikmati makan malam di Paris bersama seorang gadis asal Mongolia.
Sebelum ini, BN beria-ia mengalakan rakyat negara ini agar menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) tetapi kini mereka pula yang takut bila rakyat sudah tahu menggunakan internet dan mendapatkan maklumat menerusi website atau blog.
Apakah lagi yang akan dilakukan oleh BN bagi memastikan hak rakyat terus dinafikan? Tunggu dan lihat.
Boikot Pilihanraya!
Nuri jatuh lagi, Najib bila pulak?
Helikopter Nuri jatuh lagi (terhempas). Banyak lagi nyawa yang melayang. Ada lagi ibu yang kehilangan anak. Ada lagi isteri yang kehilangan suami. Ada lagi anak yang kehilangan ayah.
Apakah manusia yang memegang jawatan Menteri Pertahanan akan bertanggungjawab dengan kejadian ini? Yang pasti ini tidak akan berlaku. Kalau setiap hari ada lapan buah helikoter Nuri terhempas sekalipun, Menteri Pertahanan akan tetap buat bodoh. Atau dia memang bodoh?
Banyak persoalan timbul bila helikopter Nuri terhempas lagi kali ini. Kenapa terhempas? Bagaimana boleh terhempas? Kenapa helikopter Nuri selalu sangat terhempas? Apakah helikopter Nuri ini sudah tidak sesuai lagi digunakan? Ketika beli helikopetr Nuri ini, apakah ianya firsthand atau secondhand atau thirdhand atau entah berapa hand? Apakah ada juga syarikat yang mendapat komisen dari pembelian helikopter Nuri yang selalu terhempas ini?
Dan yang penting bagi aku, bila helikopter Nuri jatuh (terhempas) lagi, bila pulak Najib akan jatuh?
Sudah bebas…
Nathaniel Tan dibebaskan jam 5 petang tadi di Ibu Pejabat Bukit Aman.
Dapatkan berita di malaysiakini.
Bebaskan…

Poster dari Mob’s Crib
Detik-detik tangkapan dan penahanan Nathaniel
Pukul 4.30 petang, Jumaat, 13 Julai lalu, tiga orang anggota polis berpakaian biasa datang ke pejabat Yayasan Aman di Phileo Damansara (1) Petaling Jaya.
Salah seorang anggota polis itu meminta Nathaniel Tan mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.
Menurut saksi, anggota polis berkenaan tidak menunjukan sebarang kad kuasa dan tidak memberi sebarang alasan ketika meminta Nathaniel mengikut mereka.
“Tolong bekerjasama dan ikut kami sekejap, kami nak cakap sedikit.” Kata salah seorang anggota polis itu yang sempat didengari oleh saksi.
Anggota polis berkenaan juga meminta Nathaniel membawa bersama komputer ribanya. Dipercayai Nathaniel disoalsiasat berhubung beberapa tulisan di internet. Beliau juga merupakan seorang bloger terkemuka.
Ketika berada ditempat letak kereta tingkat bawah pejabatnya, Nathaniel telah menghubungi peguam Latheefa Koya. Nathaniel diminta supaya berada ditempat letak kereta itu sementara menunggu peguam.
Bendahari Agung KeADILan, William Leong (juga seorang peguam) yang mempunyai pejabat di Phileo Damansara (1) telah bergegas ke tempat parking kereta itu tetapi mendapati Nathaniel telah tiada di situ.
Polis juga telah pergi ke rumah Nathaniel pada petang yang sama dan merampas komputernya.
Pada pukul 10 malam hari yang sama, pihak polis mengesahkan bahawa Nathaniel telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Anggota keluarganya dan 20 orang rakan-rakannya telah berkumpul di luar ibupejabat polis itu, termasuk yang membawa sepanduk mendesak supaya Nathaniel dibebaskan.
Menurut polis, Nathaniel akan ditahan selama 24 jam oleh Unit Jenayah Siber di Jalan Dato Onn untuk membantu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Nathaniel kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret untuk ditahan reman pada kira-kira jam 4.30 petang keesokan harinya.
Pukul 1.30 tengahari, Sabtu, 14 Julai lalu, tiga jam lebih awal dari masa yang diberikan malam sebelumnya, Nathaniel telah dikenakan tahanan reman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972.
OSA untuk Nathaniel

Nathaniel Tan,(gambar atas), setiausaha Anwar Ibrahim di Foundation for Future (FFF) yang juga Biro Penerangan KeADILan ditahan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas tuduhan memiliki dokumen yang menuduh Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Johari Baharom terlibat dengan rasuah.
Pihak Polis Bukit Aman telah menahan Nathaniel pada 13 Julai lalu jam 4.45 petang di pejabat beliau yang bertempat Phileo Damansara I, Petaling Jaya.
Tiga orang berpakaian biasa yang menggelar diri mereka pegawai polis telah kunjungi pejabat beliau pada 4.30 petang. Mereka mengarahkan Nathaniel untuk mengikut mereka ke Bukit Aman.
Nathaniel,26, adalah seorang graduan dari Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera pengkhususan Pengajian Keamanan dan Koflik.
Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.
Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH
Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH. Butiran adalah seperti di bawah:
Tempat: Chinese Assembly Hall, Jalan Kampung Atap, Kuala Lumpur
Jam: Bermula jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam
Tarikh: 20 Julai 2007
Tetamu Khas: Hadi Awang
Anwar Ibrahim
Lim Guan Eng
Hadirin diminta bawa bersama Jalur Gemilang.
Untuk sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi:
03-2692 5000 sambungan 302
Budaya samseng Umno


Ini adalah budaya samseng yang menjadi idealogi Umno hari ini. Kejadian ini berlaku ketika Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Umno Bahagian Cheras, Ahad lalu (8 Julai 2007).
Ketika bertanya soalan kepada Idris, penulis politik S.H Alattas atau mesra dipanggil Pak Habib telah ditarik bajunya oleh seorang pegawai Menteri Besar Terengganu itu.
Inilah generasi Ulul-Albab ciptaan Idris Jusoh.
Sajak K.Shan
Sajak dari K.Shan, seorang aktivis Hak Asasi Manusia. Aku ambil sajak ini dari blog Black
Setiba senja di kuala terengganu
Bermula pesta rakyat dan hantu
Terkejut, terdengar laungan hidup melayu
Tanda ketibaan Pak lah dan si menantu
Mat rempit, cukung dan semua menunggu
Lambat lah pulak si lembab Samy Vellu
Pilihanraya telah pun berlalu
Dah tiba masa perompak bersatu
EPF, minyak semua licin disapu
Dikala rakyat dengar Siti berlagu
Berkibar megah bendera UMNO Baru
Parti perompak yang disayangi Melayu